Khamis, 30 Jun 2011

KAUM KINTAK orang asli MALAYSIA.

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 2 )
KAUM KINTAK


1. LATAR BELAKANG

Kintak merupakan satu di antara dua rumpun bangsa Orang Asli daripada suku kaum Negrito atau asalnya dikenali sebagai Semang oleh beberapa penulis terdahulu. Kintak juga dikenali sebagai Tak, Kentok, dan Kintok. Mereka secara khususnya terbahagi kepada beberapa subkumpulan, anatara yang dikenal pasti adalah Kintak Bong dan Kintak Nakil.

Seperti rumpun bangsa Negrito yang lain, secara fizikalnya kaum lelaki dan wanita Kintak juga bertubuh rendah (anggaran lelaki 150 cm dan wanita 140 cm) dan kecil tetapi gempal. Berkulit perang gelap, kadangkala terdapat yang berkulit gelap atau perang kemerah-merahan, malahan ada yang hitam berkilat. Berambut kerinting halus, pendek (lelaki tidak melebihi 3 inci dan wanita antara 9 inci hingga 1 kaki) dan berwarna gelap atau perang kemerah-merahan. Berdahi rendah dan bulat. Berhidung pendek, rata dan kembang. Bertulang pipi agak luas dengan anak mata berwarna perang gelap atau hitam. Berdagu kecil dan bulat. Bermulut agak luas dan berbibir sederhana tebal.

1.1. LOKASI (KAMPUNG)

Orang Kintak sejak dahulukala tinggal di pinggir-pinggir hutan berhampiran dengan penempatan masyarakat Melayu atau Siam. Biasanya mereka memilih kawasan pamah berhampiran dengan sungai yang masih kaya dengan spesis-spesis tumbuhan, haiwan buruan serta ikan yang menjadi sumber makanan dan ekonomi mereka.Walaupun mereka diberitakan pernah tinggal bertaburan di utara Semenanjung, khususnya dalam wilayah dari Sungai Kerumi di Utara Grik memanjang di Simpang Empat di Baling dan melebar ke bahagian sisi garisan ini sehingga ke Air Panas di Keroh. Tetapi kini terdapat hanya sebuah penempatan tetap masyarakat ini di Semenanjung Malaysia.Penempatan yang dimaksudkan ialah Kampung Bukit Asu di Grik dalam daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan. Kampung ini kini boleh dihubungi dengan semua jenis kenderaan darat, kecuali kenderaan pacuan empat roda diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Ianya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Grik menghala ke bandar Keroh, 20 kilometer melalui jalan utama hingga ke persimpangan lombong lama di Kelian Intan dan 5 kilometer melalui jalan tanah merah dari simpang berkenaan. Kampung ini berjiran dengan penempatan masyarakat Melayu di utara dan penempatan masyarakat Siam di selatan.

1.2 ASAL-USUL

Memandangkan wilayah kehidupan mereka terlau jauh hingga ke wilayah Chaiya di selatan Thailand, para pengkaji mempercayai bahawa masyarakat Kintak mempunyai pertalian dengan orang Negrito di Kepulauan Andaman, kaum Aetas di Filipina. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi berasaskan bentuk fizikal dan dialek mereka.Temubual dengan pembantu penghulu, Din bin Dahan serta beberapa penduduk kampung mendakwa bahawa mereka berasal dari Betong di selatan Thailand, kemudiannya berpindah ke Kubang Semang di Keroh sebelum menetap di kampung sekarang. Mereka juga mendakwa bahawa generasi tua mereka sebelum ini, termasuk penghulu mereka sekarang Penghulu Alipon bin Saad pernah bersekolah dan sering berulang-alik ke Betong. Malah terdapat di kalangan masyarakat ini mahir bertutur dalam dialek Siam.

2. SOSIO-BUDAYA

Masyarakat Kintak pengamal sistem keluarga nuklear atau sekelamin. Setiap keluarga ini mempunyai rumah sendiri. Keluarga mereka terdiri suami, isteri dan anak. Keluarga nuklear diketuai oleh suami yang berkuasa dalam membuat keputusan. Namun kuasa membuat keputusan tersebut tidak mutlak kerana suami harus mengambil kira nasihat dan pandangan isteri dan ibu atau bapa, atau mentua yang tinggal bersama mereka.

2.1 ADAT PERKAHWINAN

Di kalangan suku kaum Negrito termasuk masyarakat Kintak adat perkahwinan mereka terlalu mudah. Tidak diatur secara rasmi dan tidak diraikan. Kahwin kepada mereka memadai dengan kedua-dua pasangan membina tempat perlindungan dan tidur bersama. Ini tidak bermakna mereka mengamalkan bebas seks.Biasanya perkahwinan mereka berasaskan pilihan sendiri atau dasar suka sama suka. Perkahwinan atas pilihan keluarga amat kurang berlaku. Sering juga berlaku penceraian dan berkahwin semula dengan orang lain. Penceraian jarang berlaku selepas pasangan memperolehi anak.

2.2 ADAT KEMATIAN

Biasanya apabila berlaku kematian, sanak-saudara simati yang jauh dan dekat, penghulu serta penduduk kampung akan diberitahu. Penghulu sebagai ketua adat akan mengatur kerja-kerja pengurusan mayat dan upacara pengebumian. Bagi menghormati simati, segala kegiatan harian masyarkat pada hari berkenaan terpaksa ditangguhkan. Larangann ini jika dingkari dipercayai roh simati akan marah dan akibatnya akan ditimpa malapetaka. Mayat biasanya tidak dikebumikan pada hari kematian, kerana ingin memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh, hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Pada malamnya, dirumah simati sanak saudara dan penduduk kampung akan bergilir-gilir akan menjaga mayat sehingga keesokan harinya, tujuannya bagi mengelakan mayat manusia tersebut diganggu oleh hantu. Mayat juga ditegah diumpat keji serta dilangkah oleh manusia dan binatang kerana dikhuatiri mayat tersebut akan bangkit dan mengganggu penduduk kampung.Pada keesokan harinya, di tanah perkuburan kerja-kerja menggali lubang kubur dan mencincang buluh dijalankan. Sementara itu dirumah, mayat dimandikan. Kemudian dipakaikan pakaian yang lengkap, seterusnya kedua-dua belah tangan dan kaki dibengkokkan atau dilipat ke arah hadapan badan sehingga bahagian jari-jemari tangannya berada betul-betul dibawah dagu dan kepala lututnya mencecah dada. Akhir sekali mayat dibungkus dengan kain batik lepas yang baru dan diikat kemas supaya senag diusung ke kubur.Bagi mengelakkan gangguan binatang dan sebagainya, mayat biasanya ditanam sedalam empat atau lima kaki serta mempunyai lahad. Mayat akan diletakkan dalam dan kemudian lahad ditutup dengan buluh cincang terlebih dahulu sebelum dikambus. Di atas kubur, pondok pisang sesikat dibina untuk menaunginya.Sebagai tanda sepasang kayu yang telah dijampi oleh Tok Bomoh dipacakkan di bahagian kepala dan kaki kubur berkenaan. Segala barang-barang kesayangan simati diletakan di atas kubur. Bagi mengingati simati serta mempercayai roh simati juga memerlukan makanan dan rokok (jika simati hayatnya merokok) juga diletakkan bersama. Sebelum meninggalkan kubur, bapa dan simati akan meninggalkan pesanan-pesanan yang baik kepada simati. Kenduri kecil akan diadakan pada malam berkenaan. Tujuh hari selepas itu kenduri berserta sewang secara sederhana pula diadakan. Kedua-dua kenduri tersebut bertujuan menjamu simati. Pada hari keempat puluh, kenduri dan sewang secara besar-besaran akan diadakan, tujuannya selain untuk menjamu simati juaga menandakantamat tempoh berpantang bagi seluruh penduduk kampung berkenaan. Pasangan simati dan keluarganya dilarang berhias dan bersukaria dalam tempoh berpantang selama empat puluh hari. Manakala penduduk kampung hanya dilarang bersukaria dalam tempoh tersebut.

2.3 ADAT KELAHIRAN

Dalam mempastikan ibu yang sedang mengandung sentiasa dalam keadaan sihat, untuk mengelakan komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan bagi menjamin anak dilahirkan sihat serta sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang serata pemilihan makanan yang sesuai yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri, sama ada sepanjang tempoh mengandung mahupun selepas bersalin.

2.3.1 SEMASA MENGANDUNG

* Pantang yang dikenakan kepada isteri:-

Pantang/Tak boleh
Akibat /Dipercayai
1. Makan pucuk paku
2. Makan pucuk labu
Kandungan dan bayi lemah
Makan ikan yang dipancing
Bibir bayi sumbing
1. Makan ikan yang berduri
2. Makan binatang bertanduk
Lekat atau susah bersalin
Makan ubi sebelum kandungan berusia tiga bulan
Kaki dan tangan menyerupai ubi



* Pantang yang dikenakan kepada suami:-

Pantang/Tak boleh
Akibat /Dipercayai
1. Panggang ikan perut di bawah
2. Panggang ikan suling-paling
Takut bayi menyongsang
Menjaring atau menjala ikan
Lekat atau susah bersalin
Memancing ikan
Bibir bayi sumbing



2.4 PERAYAAN

Tidak banyak perayaan dalam masyarakat Kintak, lantaran daripada amalan berpindah-randah yang mereka amalkan.Antara perayaan tahunan yang diraikan adalah seperti berikut:-

2.4.1 Musim Buah-buahan

Perayaaan ini diadakan apabila buah-buahan hutan telah masak. Kaum lelaki akan keluar beramai-ramai untuk mengumpul buah-buahan seperti tampoi, larah, rambutam, durian dan sebagainya dibawa pulang. Pada malamnya didakan majlis bersewang sambil menikmati buah-buahan serta makanan yang disediakan oleh kaum wanita.


2.4.2 Musim Menuai Padi

Perayaan ini biasanya diadakan sebaik sahaja kerja-kerja menuai padi.Apabila tiba hari yang telah ditetapkan kaum lelaki akan keluar beramai-ramai.Pada malamnya upacara sewang akan diadakan.Tok bomoh menjalankan jampi-serapah seraya memohon kepada penunggu kawasan agar hasil padi mereka akan bertambah pada musim-musim akan datang. Selepas menjamu selera dengan masakan mereka sendiri sediakan , mereka bersukaria hingga menjelang pagi.


3. PANTANG LARANG

3.1 Kepercayaan

Seperti kepercayaan suku kaum Negrito yang lain, secara tradisinya masyarakat Kintak juga menonjolkan lambang kuasa Tok Batin , Karei dan Cenoi. Mereka terlalu menghormati, patuh dan takut kepada ketiga-tiga lantaran kuasa mereka miliki dipercayai terlalu tinggi , luar biasa dan sifat kekal.Cenoi mempunyai kelebihan sihir dan pakar dalam kesegala kebaikan. Ia sering dirujuk oleh masyarakat dan disama tarafkan seperti tuhan atau sultan. Fungsinya mengawal masyarakat dan kemarahannya akan dijelmakan melaui petir dan kilat.


4. AMALAN KESIHATAN/PERUBATAN

Walaupun masyarakat Kintak telah menerima perubatan moden, namun kaedah perubatan tradisional seperti penggunaan khidmat bomoh serta pengambilan herba bagi mengubat penyakit-penyakit serta sebagai amalan kesihatan mereka masih dipraktikkan secara meluas.


4.1 PEMAKANAN

Mamandangkan hampir tidak wujud sebarang bentuk pertanian dalam kehidupan masyarakat ini, maka mereka juga menjadikan ubi-ubi liar seperti ubi pandang, ubi kepala gajah, ubi tanjung, ubi garam, ubi kapur dan beberapa jenis ubi lain sebagai sumber makanan harian. Protein diperolehhi daripada binatang buruan dan ikan. Mereka juga mendapatkan buah-buahan , umbat dan sayur-sayuran hutan bagi sumber vitamin. Disamping itu mereka juga mengamalkan pengambilan herba-herba tertentu untuk meningkatkan kesihatan dan sumber tenaga.


4.2 KAEDAH RAWATAN

Disamping perubatan moden, mereka juga menggunakan khidmat bomoh serta berbagai jenis herba sebagai kaedah alternatif. Antaranya adalah seperti berikut:-

Penyakit
Kaedah Rawatan
Kayap
Dijampi
Sakit kepala
Kulit tepus dilayur pada api dan dililit di kepala.
Luka
Daun kapalterbang digesek dengan tangan hingga
hancur, dipupuk atau disapu pada tempat yang sakit.
Kurap/panau
Akar lada direbus dan diminum.
Berdarah hidung
Daun sirih atau cawi digulung berbentuk kon dan
disumbatkan ke lubang hidung.
Bisul
Daun misai kucing dicelur dan ditempek pada
bisul untuk tarik nanah.
Kudis Buta
Sejenis akar berduri dibuang kulit luar dan dalam,
ditumbuk dan digosok pada kudis.
Patah terseliuh
Dijampi dan diikat dengan anduh buluh.



5. STATUS EKONOMI

Secara tradisinya, orang kintak juga seperti rumpum bangsa lain dalam suku kaum Negrito. Mereka merupakan pemburu dan pengumpul makanan. Kehidupan mereka amat bergantung kepada hasil hutan belantara seperti buah-buahan, ubi-ubi liar, keladi, tumbuh-tumbuhan binatang buruan dan ikan sebagai sumber makanan.Disamping itu mereka juga mengumpul hasil-hasil hutan sperti rotan, gaharu, herba ubatan tradisional dan sebahagiannya untuk dijual.Hanya sebilangan kecil di antara mereka mengusahakan tanah untuk aktiviti pertanian.


5.1 PEKERJAAN

Kesan kepesatan pembangunan negara turut dirasai dan sekaligus mengancam kehidupan dan menggugat ekonomi masyarakat ini walaupun mereka tinggal agak jauh di pedalaman . Bilamana penerokaan hutan untuk projek-projek tadahan air, hidro-elektrik, pembinaan lebuhraya, perusahaan pembalakan dan sebagainya menyebabkan pencemaran sungai dan kemusnahan hutan, sekaligus mengancam kehidupan flora dan fauna yang menjadi sumber makanan dan ekonomi mereka. Walaupun ada di antara mereka yang menoreh getah sendiri dan ada yang telah mula mengusahakan tanah untuk pertanian , tetapi bilangannya terlalu kecil lantarn pulanganya tidak mampu menampung keseluruhan keperluan hidup mereka.Untuk meneruskan survival mereka yang begitu panjang, kini ada di antara kaum lelaki khususnya generasi muda , telah keluar ke kampung-kampung bersebelahan untuk mengambil upah menebas dan meracun di kebun-kebun.Malah ada yang telah bekerja di kilan-kilang dan sebagainya di bandar-bandar berhampiran khususnya bandar Grik dan Keroh bagi mendapatkan wang untuk membeli makanan, pakaian dan keperluan lain. Namun, begitu tidak kurang juga mereka yang masih masuk ke hutan untuk mencari rebung, gaharu, rotan serta herta ubatan tradisional untuk dijual di kampung-kampung dan bandar-bandar berhampiran serta kepada peraih-peraih yang sering berulang-alik kampung mereka.
POSTED BY ORANG ASLI


ORANG ASLI
Permata - Merupakan satu plat form untuk semua masyarakat mengenali tentang Tamadun Asli dengan lebih Mendalam. Semoga Ia dapat di manfaatkan.

KAUM TEMIAR orang asli MALAYSIA.

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 3 )
KAUM TEMIAR
1. PENGENALAN

Pemilihan penempatan suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq(jampi) atau mimipi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti "merbau" dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya(takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong-royong. Di peringkat awal penempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang itu, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuh hutan.


2. SOSIO-BUDAYA

2.1 PERLANTIKAN

Jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan. Penghulu biasa mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemilihannya dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kampung(JKKK).


2.2 KUASA PENGHULU

Kuasa Penghulu terikat dengan adat resam dan pantang larang suku kaumnya. Beliau berkuasa mengarahkan anak-anak buahnya untuk bergotong-royong menjalankan aktiviti kampung serta merestui perkahwinan. Beliau juga bermain peranan sebagai hakim, penasihat dan penghubung dengan masyarakat dengan agensi luar. Penghulu juga mempunyai kebolehan sebagai bomoh tradisional(Halaq). Perpecahan kuasa Penghulu boleh berlaku sekiranya ada di antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Kuasa Penghulu juga akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke pertempatan baru.


3. KEKELUARGAAN

3.1 PERKAHWINAN

(i) Adat Menunggu (Meyakinkan bakal mertua)

Bakal menantu lelaki perlu dapat meyakinkan mertua akan kewibawaannya dengan menawarkan diri untuk menguruskan kerja-kerja seharian. Ini bererti beliau mempunyai kesanggupan menanggung bakal keluarganya. Adat ini dikenali sebagai "Adat Menunggu".

(ii) Merisik

Kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua pasangan. Kemudian kedua-dua pihak berjumpa Penghulu untuk mendapatkan restu dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan pada waktu malam. Kedua-dua pihak membawa pengiring daripada ahli keluarga masing-masing. Pihak perempuan menyediakan sebuah bilik khas bagi kedua-dua pengantin tidur bersama. Pengiring akan memerhatikan gerak laku pengantin baru dan akan melaporkan kepada kedua belah pihak. Majlis jamuan akan diadakan pada malam kedua. Pada malam itu juga mereka membakar kemenyan dan menabur bertih agar rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan dijauhi daripada penyakit serta perkahwinan ini juga direstui oleh penduduk kampung. Majlis ini kebiasaannya akan diikuti dengan tarian sewang di dewan / tempat khas yang disediakan.


3.2 Kelahiran

Semasa isteri sedang mengandung kedua pasangan terpaksa mematuhi beberapa pantang larang seperti berikut:

* Suami tidak memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti terlekat uri.
* Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa bersalin.
* Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakan bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang.
* Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan).
* Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur.

Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur). Tempat tidur disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin. Suami dan saudara-mara terdekat(perempuan) boleh turut sama duduk di sisi. Tok Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. Mereka ini memainkan peranan sebagai 'tuhad' (penyelamat). Bidan akan menolong dan mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan. Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang' iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan. Uri bayi akan digantung di pokok dipercayai tiada gangguan.


3.3 Pantang Selepas Bersalin

Selepas bersalin ibu dan bidan akan berpantang selama seminggu. Mereka tidak boleh makan semua jenis binatang dan garam. Begitu juga kepada suami jika dia menyentuh bayi tersebut ketika dilahirkan.

Untuk mengadakan majlis ini persiapan kenduri disediakan oleh kedua pihak keluarga. Ibu dan bidan akan dihidangkan dengan makanan khas yang berlainan dari tetamu. 'Tuhad', ibubapa, mertua dan bidan akan berbincang untuk memberi nama bayi.


4. ADAT ISTIADAT

4.1 Sewang

Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. Senikat lagu sewang diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang ada. Mereka menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing. Terdapat dua jenis sewang iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum. Setiap sewang memakan masa selama 15 minit yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru Sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri (pengsan). Mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.


4.2 Sewang Kelahiran

Upacara Sewang Kelahiran dilakukan dengan memuja bayi dengan harapan bayi tersebut mendapat kebaikan apabila dewasa kelak. Bayi dijamu dengan bertih padi/jagung dan diletakan bau-bauan supaya kehidupan bayi sentiasa harmoni dan aman damai.


4.3 Sewang Kematian

Upacara ini dimulakan oleh Tok Halaq dengan membuka pantang melalui nyanyian(gabak) iaitu memuja roh simati sambil mengetuk buluh centong dengan kedudukan ruasnya ke bawah. Dalam upacara ini hanya kaum keluarga yang terdekat dibenarkan bersewang bersama Tok Halaq. Selepas upacara buka pantang selesai barulah majlis sewang dibuka kepada tetamu/orang ramai. Sewang Kematian diadakan selepas tamat tempoh berkabung (selepas 40 hari) selama 3 hingga 4 malam berturut-turut bergantung kepada bekalan makanan.


4.4 Sewang sebelum dan selepas membuka pantang

Ia dimulakan dengan nyanyian Tok Halaq memohon agar tanaman mereka mengeluarkan hasil yang memuaskan.Selepas menuai diadakan pula sewang tanda kesyukuran kerana hasil padi yang memuaskan dan terus bertambah pada tahun hadapan.


4.5 Sewang Berubat

Tok Halaq akan bersewang untuk memohon daripada penunggu supaya menyembuhkan penyakit. Pesakit terpaksa mematuhi beberapa pantang-larang yang telah ditetapkan oleh Tok Halaq.


5. BAHAN PERUBATAN

Suku Kaum Temiar masih mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan akar dan tumbuh-tumbuhan berikut sebagai bahannya:

* Akar Tongkat Ali
* Kacip Fatimah
* Tunjuk Langit
* Bunga Pakma
* Pokok Dukung Anak
* Pokok Gajah Beranak
* Rempah
* Pisang Hutan
* Kulat Susu Harimau
* Akar Sempelas


6. KEPERCAYAAN

6.1 Karei / Engku

Ia dipercayai makhluk yang besar dan berkuasa yang tinggal di angkasa Karei akan marah dengan menurunkan bala jika mereka melanggar pantang dan melakukan perbuatan keji.


6.2 Penunggu

Masyarakat Temiar percaya, tempat seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggunya maka ia harus dihindari dan tidak diganggu. Mereka dilarang menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut krana ia akan disampuk oleh penunggu terutama bagi mereka yang lemah semangat.


6.3 Kayu Merbau

Mereka percaya bahawa teras kayu merbau boleh memanah dan kemungkinan terkena sesiapa sahaja yang lalu di situ. Terutama pada waktu subuh, senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi.


6.4 Pantang Harimau

Pertemuan di antara dua orang yang telah berjanji untuk bertemu harus ditunaikan.Jika salah seorang mungkir janji, dipercayai 'Jelmaan harimau' akan datang mengganggu orang itu.


6.5 Bunga Pakma

Bunga Pakma tidak boleh dipetik kecuali "Tok Halaq". Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya, dipercayai ia boleh bertukar menjadi harimau (ruai).


6.6 Buah-buah Hutan

Buah Perah dan buah-buahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu upacara bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru ia boleh diambil. Jika mereka melanggar pantang berkenaan dipercayai 'ruai' buah-buahan akan mengarahkan harimau mengganggu orang lain.


6.7 Kempunan (Selantap)

Suku kaum Temiar juga percaya jika sesuatu keinginan/niat tidak tercapai maka mereka akan kempunan. Kempunan bermakna mereka akan ditimpa bala/kesusahan.


6.8 Suara Burung

Apabila burung 'Chiap Chereyet' berbunyi, ini bermakna menegur roh simati yang sedang berkeliaran. Sesiapa yang mendengar bunyi ini hendaklah mengasap badan dengan asap supaya 'badi' tidak mengganggu atau merasuk keluarga mereka.


7. AMALAN SOSIAL

7.1 Bertandang

* Tetamu hendaklah pasti ada orang dirumah sebelum bertandang. Tanpa memakai kasut tetamu boleh naik ke rumah setelah dijemput.
* Tetamu mesti menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar.
* Tetamu selalunya menghadiahkan sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau tembakau.
* Tetamu akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya (jika tetamu dari kampung lain).


7.2 Adab Bercakap Dengan Mertua

Menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu mertua dan menantu perempuan tidak boleh bertentang mata dengan bapa mertua semasa bercakap. Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang Perantaraan).


8. ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat muzik tradisonal masih digunakan dalam majlis sewang dan untuk hiburan . Di antara alat muzik tradisonal mereka ialah:
* Siol(Seruling Buruh)
* Gooh(Buluh Centong)
* Genggong (Ranggot)
* Bateq(Gendang)
* Kerep(Guitar Buluh)


9. KEMATIAN

Apabila berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan kematian tersebut. Berita kematian akan diberitahu kepada penghulu dan seterusnya kaum keluarga terdekat. Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia dipakaikan pakaian baru dan diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan diikat.Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar(usungan) yang dibuat dari buluh cincang.Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki atau kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya.Nyanyian 'Chinchemm'(lagu sedih) dinyanyikan semasa mengiringi mayat ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik. Liang dikorek lebih kurang sedalam dua meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sam mayat sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar. Sekiranya 'Tok Halaq' meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam bilik khas di rumahnya. Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah rumah tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh binatang buas. Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru. Dalam tempoh berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkam.Setelah selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.


9.1 Acara Buka Pantang Kematian

Setelah tamat tempoh pantang selama 40 hari, diadakan pula 'Acara buka Pantang Kematian'. Tiga hari sebelum upacara ini dijalankan, Kauam keluarga dijemput berkumpul semula dengan tujuan untuk mengumpulkan bahn makanan bagi majlis kenduri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menguruskan penyediaan makanan dan kumpulan kedua menyediakan tempat bersewang. Tempat sewang akan dihias dengan pucuk 'calon' buah kepala (palas) untuk dijadikan seludang palas(Tempok Kuar) dan bunga.
POSTED BY ORANG ASLI

ORANG ASLI
Permata - Merupakan satu plat form untuk semua masyarakat mengenali tentang Tamadun Asli dengan lebih Mendalam. Semoga Ia dapat di manfaatkan.

KAUM KENSIU orang asli MALAYSIA .

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 5 )
KAUM KENSIU
1. LATAR BELAKANG

Kensiu adalah suku kaum Orang Asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito, yang kini hanya tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Lenggong, Baling Kedah dan jaraknya lebih kurang 12km dari Bandar Baling. Di samping itu, mereka juga ada pertalian keluarga di Kampung Rai Yala Selatan Thailand. Mereka tinggal semenjak 1957 di Lot No.3623 yang telah diwartakan pada tahun 1958 sebagai Rizab Orang Asli seluas 428 ekar, sebelum itu mereka tinggal berpindah randah dari Ulu Lenggong ke Parit Panjang. Kampung Bendang Man Sik, sungai Celak dan Kampung Tiak Kupang. Ia merupakan kumpulan kaum Negrito yang terkecil dan tertua sekali di Semenanjung Malaysia. Kini terdapat jumlah penduduk seramai 212 orang dan jumlah 44 keluarga (data maklumat dari JHEOA Grik, Perak September 2001). Mereka ini diketuai oleh seorang penghulu bernama Itam bin Daram.

Kawasan penempatan mereka telah dilengkapkan dengan sebuah surau, sebuah dewan serbaguna, tabika dan terdapat 46 buah rumah milik penduduk yang dibina oleh JHEOA dan sebuah rumah milik petugas JAKIM. Penempatan mereka juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air masyarakat yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air.

Menurut M.W. Tweedie seorang sejarawan menyatakan dalam bukunya “Pre-History” mereka yang tinggal di Semenanjung dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak tahun 8000 sebelum masihi dan mereka tinggal di dalam gua memburu binatang yang dikenali sebagai zaman batu pertengahan. Terdapat di Kedah di zaman paleolitik dan mesolitik pada tahun 5000 sebelum masihi telah didiami oleh orang Austrinesia yang menjadi nenek moyang orang Negrito, Sakai dan sebagainya. Orang Negrito ini sukar untuk ditentukan sifat-sifat fizikalnya kerana di kalangan mereka terdapat empat sub kumpulan Kensiu yang mereka kenali sebagai Mos, Nakil (atau Dalem), Hetot dan Tanjen. Purata mereka mempunyai rambut yang kerinting halus, berbadan gelap, dan rendah setinggi 5 kaki ke bawah, hidung lebar mata bulat mirip Orang Afrika Timur dan kebanyakan mereka seperti Orang Asli New Guinea yakni Papuans.

Identiti kaum Negrito adalah tersendiri dan boleh dilihat melalui kebudayaan, kebendaan dan kehidupan mereka. Mereka menunjukkan sedikit atau tiada tanda-tanda pertanian. Hal ini adalah kerana mereka ini adalah satu golongan Orang Asli yang nomad sepenuhnya. Bentuk kebudayaan kebendaan mereka termasuk penggunaan dalam mencucuk hidung dan pembinaan kediaman sementara untuk berlindung dari angina dan cuaca. Kaum Negrito mengembara dari setempat ke setempat kerana memburu dan mengumpul bahan makanan dan barang-barang hutan. Mereka akan berpindah ke tempat lain jika didapati tempat itu tidak produktif lagi. Mereka tidak mengamalkan pertanian. Mereka mula bercucuk tanam seperti menanam ubi, padi, pisang dan jagung. Sehingga tahun 2000, jumlah penduduk Kensiu yang menganut agama Islam seramai 118 orang dan selebihnya masih mengekalkan kepercayaan animisme.

2. SISTEM EKONOMI MASYARAKAT KENSIU

Walaupun kerajaan melalui JHEOA telah membina perkampungan dan penempatan kekal dengan projek ekonomi seperti projek Mini estet Lubuk Lenggong I dan II pada tahun 1980 dan 1982 yang dianggarkan jumlah pendapatan sebanyak RM400 sebulan namun minat kaum ini kepada mencari hasil hutan dan memburu binatang amat tebal. Mereka lebih suka mencari rotan, akar kayu, buluh, kayu depu, tumbuh-tumbuhan dan binatang seperti kura-kura, labi-labi, tupai, kera dan lotong dan hasil pencarian ini, meraka jual kepada pekedai Cina di pecan berhampiran.

3. ADAT PERKAHWINAN DAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Konsep kehidupan yang mengutamakan kesamaratan dan kesepadanan ini dicerminkan dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat tersebut. Kebanyakan masyarakat Kensiu di perkampungan ini, mempunyai hubungan rapat sesama mereka. Hanya terdapat dua orang sahaja yang berkahwin dengan wanita Melayu dari kampung Baru dan seorang lagi dengan warga Indonesia. Masyarakat Kensiu yang beragama Islam berkahwin mengikut syariat dan undang-undang keluarga Islam.

Pernikahan mereka dijalankan oleh pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Manakala bagi yang mengikut fahaman animisme, perkahwinan adalah mengikut kepercayaan mereka. Tiada sebarang upacara diadakan dalam perkahwinan mereka. Apabila tiba masanya di kalangan anak muda yang muda yang mahu berkahwin, mereka cuma perlu mendapatkan persetujuan daripada bakal gadis yang akan dikahwininya, tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua orang tua si gadis. Apabila si gadis bersetuju untuk berkahwin, maka pihak lelaki akan menghantar barangan berupa kain, tembakau dan pisau kepada bapa si gadis sebagai tanda perkahwinan antara mereka akan berlaku. Selepas itu, mereka tinggal sebagai tanda mereka telah berkahwin. Dalam sistem kekeluargaan masyarakat Kensiu, hubungan kekeluargaan adalah bilateral iaitu berdasarkan keturunan kedua ibubapa berdasarkan generasi lelaki.

Dalam hubungan kekeluargaan masyarakat Kensiu, terdapat pantang larang yang masih diamalkan hingga kini di mana menantu perempuan tidak boleh bersua muka begitu juga sebaliknya. Menantu lelaki juga tidak dibenarkan berinteraksi dengan ibu mentua dan bersua muka. Manakala saudara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak dibenarkan berinteraksi dan bersua muka dengan kakak atau abang ipar. Mereka bukan sahaja tidak boleh berinteraksi malahan untuk menyebut nama pun tidak dibenarkan. Mereka menggunakan orang ketiga bagi mewakili diri mereka jika mahu berinteraksi dengan bapa mentua dan ipar-duai. Satu konsep kehidupan tradisi yang masih dikekalkan dalam amalan untuk mengelakkan solidariti adalah melalui hubungan elakan. Dalam hubungan ini seseorang ahli kumpulan cuba mengelakkan daripada bersua muka atau terserempak dengan ipar, mentua atau menantu, terutamanya berlainan jantina.

4. ORGANISASI SOSIAL

Dalam kehidupan tradisi masyarakat Kensiu gabungan lima atau enam buah keluarga asas membentuk sebuah kumpulan. Dalam kebanyakan hal, semua anggota keluarga dalam sesebuah penempatan atau kem mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat atau serumpun puak. Satu-satu kumpulan diketuai oleh anggota tertua tetapi tidak mempunyai sebarang gelaran yang khusus. Seseorang ketua kumpulan dipilih berdasarkan faktor umur, pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu perbomohan dan kebatinan. Ketua mempunyai kuasa membuat keputusan seperti memilih tapak perkhemahan (penempatan), masa untuk berpindah dan seumpamanya tetapi masih tertakluk pada pandangan dan nasihat anggota kumpulan yang dipimpinnya.

Secara umumnya konsep berketua seolah-olah tidak begitu dipentingkan oleh masyarakat ini di peringkat kumpulan, sebaliknya mereka lebih mengutamakan konsep egalitarian dan solidariti. Elemen penting dalam organisasi sosial adalah keluarga nukleus yang mengandungi suami, isteri dan anak. Bagi masyarakat Negrito yang mengamalkan aktiviti berpindah randah, penempatan mereka lebih dikenali sebagai “kumpulan tabir angin” iaitu masyarakat yang tinggal di bawah atap sebagai tempat berteduh sementara. Kumpulan ini turut membawa anak-anak mereka ke mana saja mereka berpindah randah. Mereka akan mendukung anak kecil ini secara bergilir-gilir. Setiap kumpulan ini mempunyai suami, isteri dan anak-anak, tetapi yang masih kecil sahaja yang tinggal bersama mereka. Bagi anak-anak yang berumur lebih tujuh tahun ke atas akan dibina tempat teduh yang lain tidak jauh dengan keluarga mereka, manakala anak perempuan pula akan tinggal bersama orang tua dan dipisahkan dengan unggun api yang dibuat di tengah tempat tidur mereka. Segala urusan kepimpinan terletak di tangan bapa mereka yang bertindak membuat keputusan dalam hidup ahli keluarga.

Merujuk kepada kaum Kensiu di Baling, organisasi sosial ini telah banyak berubah. Mereka telah tinggal di kampung Lubuk Lenggong dalam tempoh yang lama serta amalan berpindah randah sudah kurang diamalkan. Ini kerana telah dibina penempatan yang kekal oleh JHEOA dan dipantau oleh semua agensi yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan mereka. Dan organisasi secara berkumpulan telah berubah dan telah diganti dengan perkampungan sebagai unit penempatan di bawah pimpinan ketua yang dipanggil penghulu. Penghulu masih mempunyai persamaan peranan ketua tradisi mereka.

Sistem kepercayaan Masyarakat Kensiu seperti juga masyarakat kaum Negrito yang lain, yang sebahagian besar kepercayaan kepada kepercayaan Kensiu tradisional. Kepercayaan ini menganjurkan lambang seperti Tok Batin, Karei dan Menoi sebagai makhluk berkuasa tinggi. Lambang kuasa ini bersifat kekal dan seiring juga dirujuk kewujudan kuasa yang luar biasa ataupun semangat roh yang dipanggil “orang hidup” atau manusia yang hidup untuk selama-lamanya. Lambang kuasa dan kurang kuasa berada di perantaraan anatara manusia dengan orang hidup dinamakan Cenoi. Di antara lambang kuasa ini, Cenoi Tapn sering menjadi rujukan masyarakat ini dan disamaertikan sebagai Tuhan atau Sultan. Cenoi Tapn bersifat seperti mawas (tawo). Bahagian atas tubuhnya muda manakala bahagian bawahnya tua. Cenoi Tapn dikatakan mengawal kehidupan masyarakat orang Kensiu dan menjemalkan kemarahannya melalui kilat dan petir (Kaei). Sistem ini dipelihara dan dikawal oleh autoriti yang dinamakan Halak yang berperanan sebagai perantara manusia Kensiu dengan lambang kuasa unggul dalam kepercayaan mereka.

5. KEPERCAYAAN

Sistem kepercayaan Masyarakat Kensiu seperti juga masyarakat kaum Negrito yang lain, yang sebahagian besar kepercayaan kepada kepercayaan Kensiu tradisional. Kepercayaan ini menganjurkan lambang seperti Tok Batin, Karei dan Menoi sebagai makhluk berkuasa tinggi. Lambang kuasa ini bersifat kekal dan seiring juga dirujuk kewujudan kuasa yang luar biasa ataupun semangat roh yang dipanggil “orang hidup” atau manusia yang hidup untuk selama-lamanya. Lambang kuasa dan kurang kuasa berada di perantaraan anatara manusia dengan orang hidup dinamakan Cenoi. Di antara lambang kuasa ini, Cenoi Tapn sering menjadi rujukan masyarakat ini dan disamaertikan sebagai Tuhan atau Sultan. Cenoi Tapn bersifat seperti mawas (tawo). Bahagian atas tubuhnya muda manakala bahagian bawahnya tua. Cenoi Tapn dikatakan mengawal kehidupan masyarakat orang Kensiu dan menjemalkan kemarahannya melalui kilat dan petir (Kaei). Sistem ini dipelihara dan dikawal oleh autoriti yang dinamakan Halak yang berperanan sebagai perantara manusia Kensiu dengan lambang kuasa unggul dalam kepercayaan mereka.

Di samping itu, Halak juga berperanan sebagai pengamal perubatan tradisional. Kedua-dua sistem ini, keagamaan dan perubatan terdiri daripada upacara yang dinamakan panoh, yang melibatkan nyanyian dan tarian. Satu lagi ritual yang diadakan untuk tujuan sama dinamakan sawan, yang juga menggabungkan nyanyian dan tarian. Pengabdian serta ketaatan kepada kedua-dua sistem turut dicerminkan melalui sikap menghormati, pantang larang, nilai dan norma masyarakat. Masyarakat Kensiu juga mempunyai orang penting yang dianggap pakar dalam hal kepercayaan yang dipanggil “Halak” atau tok pawang. Mereka mampu memasuki dunia semangat roh ini dengan mengkhayalkan diri, selepas mereka tidak sedarkan diri dalam keadaan yang khayal. Tok Pawang ini dipercayai dapat berhubung dengan “Chinoi” dan adakalanya menjadi pengantara pertolongan semangat ini dalam pertanian mereka. Namun begitu hampir separuh daripada masyarakat Kensiu di Kampung Lubuk Lenggong telah memeluk Islam.
POSTED BY ORANG ASLI


ORANG ASLI
Permata - Merupakan satu plat form untuk semua masyarakat mengenali tentang Tamadun Asli dengan lebih Mendalam. Semoga Ia dapat di manfaatkan.

Rabu, 29 Jun 2011

KAUM SEMAI orang asli MALAYSIA.

Suku Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak

Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat.Sebuah kampung biasanya terdapat diantara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau “Batin” yang di lantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

Pemilihan Ketua

Dahulu seorang ketua dipilih daripada orang yang sangat berpengaruh, mengetahui adat resam masyarakat dan berilmu seperti pawang. Biasanya ia disandang hingga turun-temurun. Walau bagaimanapun keadaan berubah mengikut peredaran masa. Beberapa faktor tambahan telah diambilkira sebelum perlantikan dilaksanakan, di antaranya ialah:

Mempunyai ilmu kebatinan
Berkebolehan berinteraksi dengan masyarakat luar
Bertanggungjawab
Aktif
Bersikap prihatin
Penyabar
Pengesahan oleh kerajaan

Penghulu/Batin bertanggungjawab dalam menentukan sistem adat, mentadbir kampung dari segi pembangunan dan keselamatan. Beliau juga bertanggungjawab ke atas perhubungan dengan masyarakat luar dan agensi kerajaan.


Mencari Jodoh
Pada masa dahulu jarak di antara satu perkampungan dengan satu perkampungan sangat jauh. Perjalanannya memakan masa di antara 4 hingga 6 hari berjalan kaki.

Seorang teruna yang ingin mencari jodoh akan merantau ke tempat lain. Setelah bertemu gadis idaman hati yang sesuai untuk dijadikan teman hidup, maka ia pun akan bermalam di situ setelah mendapat persetujuan orang tua gadis tersebut. Biasanya kehadiran pemuda itu amat difahami oleh ketua keluarga tersebut.


Apabila senja menjelang, si bapa akan menyuruh anak gadisnya membentang tikar di tempat tidurnya. Kemudian teruna tersebut akan dipelawa oleh bapa gadis tadi untuk memilih tempat tidur yang disukainya.


Persetujuan Pemuda

Sekiranya si teruna berkenaan dan bersetuju untuk menjadikan gadis tersebut sebagai teman hidupnya, maka beliau akan terus memilih tempat yang disediakan oleh gadis tersebut. Pada masa itu juga mereka akan tidur bersama dan disahkan sebagai suami isteri.

Tidak Setuju< Jika si teruna tidak bersetuju dengan gadis berkenaan ia akan memilih tempat tidur yang jauh di satu ruang yang berasingan dari tempat yang telah disediakan oleh gadis berkenaan. Walau bagaimanapun si teruna akan memberi alasan-alasan yang munasabah agar tidak menimbulkan salah faham di pihak gadis. Jika Anak Gadis Lebih Dari Seorang Sekiranya ia mempunyai anak gadis lebih dari seorang, seperti biasa apabila senja menjelma, si bapa akan menyuruh anak-anaknya menyediakan dan membentangkan tikar tempat tidur mereka masing-masing. Kemudian ia akan menjemput teruna tersebut memilih tempat tidur. Sekiranya pemuda tersebut berkenaan kepada salah seorang anak gadis itu, ia akan memilih tempat tidur gadis pilihannya. Kalau kesemuanya tidak sesuai, pemuda berkenaan akan tidur di ruang tamu. Dipertemukan (kahwin) a) Pelawaan  Upacara persandingan tidak dilangsungkan. Perkahwinan kedua-duanya tidak memerlukan waris. Bapa si gadis adalah bertanggungjawab sebagai wali dan ibu mas. Kriteria Menantu Lelaki Rajin dan kuat bekerja seperti menebang pokok dan membuka ladang buka. Pandai membina rumah untuk diri sendiri dan kedua-dua ibubapa. Rajin dan pandai membuat jerat binatang dan menangkap ikan dengan bubu dan sebagainya. Murah rezeki apabila berburu atau menangkap ikan, (beryas, bersenglug). Pandai menganyam nyiru dan juga pandai membuat “perdah” (mengikat rotan dan payu beliung). Mempunyai ilmu, jika tidak menjadi bomoh pun tetapi boleh menjampi, dan mengasap kemenyan anak sendiri apabila demam. Mempunyai tingkah laku yang baik. Kriteria Menantu Perempuan Rajin ke ladang menggali ubi dan mengutip sayuran. Rajin mengambil air dan mencari kayu api. Rajin memasak nasi atau ubi kayu dan lain-lain. Pandai menganyam tikar. Menjamu tetamu yang singgah sementara. Mengagih-agihkan makanan yang diperolehi suami kepada mentua. Pandai menampi padi Pandai menjaga suami dan mengasuh anak-anak. Hukuman Pada Zaman Dahulu Seseorang yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman denda yang berbentuk material kepunyaan pesalah tadi. Contohnya seperti berikut: 1. Jex (beliung) 2. Buluh sumpitan 3. Tabung sumpitan 4. Pal Dog (sudip racun ipoh) 5. Jeleg 6. Salek (raga rotan) 7. Parang 8. Lain-lain barang 1. Selampit 2. Pacaq (sanggul buluh) 3. Paciq 4. Tapong (dompit duit) 5. Kampit 6. Tikar 7. Sumpit 8. Lain-lain barang 2.3 Adat Perkahwinan Biasanya seorang teruna dan gadis yang telah mencapai umur di antara 17 hingga 18 tahun mula mencari pasangan hidup. Kelazimnya penyatuan mereka sama ada pilihan keluarga atau pilihan sendiri (suka sama suka). Penyatuan ini dilakukan mengikut proses adat istiadat yang telah ditetapkan seperti berikut: a) Merisik (berkenalan) Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan dalam satu pakatan sulit antara pihak lelaki dan pihak perempuan. b) Istiadat Meminang Pihak lelaki akan menghantar alat adat meminang kepada pihak perempuan. Alat-alat berkenaan seperti berikut; wang RM60.25 Selendang Cincin perak Sebentuk Sirih Pinang 1 tepak ( digunakan waktu memulakan perbualan semasa meminang Tanggung Nafkah Ketika masih dalam alam pertunangan pihak lelaki dikenakan tanggung nafkah bakal pengantin perempuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui bersama seperti berikut: * Wang tunai sebanyak RM15.00 sebulan * Jika material, barang-barang makan dihantar ke rumah pengantin perempuan d) Bertunang Melalui proses pertunangan pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat berikut kepada bakal pengantin perempuan untuk digunakan pada hari perkahwinan: Kelamin - Sebuah Kelambu bantal/tilam - lengkap satu set Salin tiga - sepasang salinan pakaian pengantin lengkap berwarna tanpa corak. Kasut pengantin perempuan - Sepasang Pihak lelaki juga dikehendaki membuat persiapan diri seperti berikut: Kupiah/songkok (hitam) - Sebuah Kain selempang dada/selendang - Sehelai Pakaian Melayu (lengkap - bersamping) - Sepasang Kasut - Sepasang Hari Perkahwinan Sebelum bersanding, kedua-dua pengantin dikenakan adat-adat berikut: Berinai di rumah masing-masing Bergandik bagi pengantin perempuan Gunting rambut bagi pengantin lelaki Mandi limau (wajib) - kedua-dua pengantin di arak dan Dimandikan limau (berjampi) untuk mengelakkan malapetaka Selepas itu kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik. Pengantin perempuan akan memakai pakaian salin tiga yang disediakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan berhias di rumah yang berasingan. f) Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan Istiadat Berarak Pengantin lelaki diapit oleh ibu wali dan waris-waris diarak berjalan kaki di rumah pengantin perempuan. Jika pengantin lelaki berketurunan anak penghulu atau batin, ia akan dijulang hingga ke rumah pengantin perempuan. Perarakan tersebut diiiringi muzik biola, paluan rebana, paluan gong, serta mereka berbalas pantun. Sementara itu, pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki di atas pelamin. Merenjis/Menabur

Hujung atap di bahagian pintu biasanya ditudungi daun pisang (cucur atap). Setibanya pengantin lelaki di muka pintu, sebelum dibenarkan naik tangga , air direnjis di atas daun pisang dan bertih ditabur. Pengiring-pengiring dengan serentak menyebut selamat kepada pengatin lelaki sebanyak tiga kali. ”Selamat datang…Selamat datang…Selamat datang”.


Memohon tanda

Muka pintu biasanya dihadang dengan tirai kain. Disebalik tirai inilah Ibu Mas Wali menunggu ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya. Ibu Mas Wali akan memohon Tanda sebagai kebenaran masuk ke perkarangan pelamin. Kebenaran hanya diberi setelah dibuat sebanyak tiga kali. Permohonan tersebut kadang kala dalam bentuk pantun. Ibu Wali dan rombongannya memberi tanda sebilah keris sebagai tanda bahawa yang diarak masuk itu adalah pengantin lelaki yang sebenarnya.


Bersanding

Selepas menerima tanda masuk, Mas Wali akan membuka tirai di mana pengantin perempuan sedang menunggu diatas pelamin. Pengantin lelaki yang diiringi oleh pengapit-pengapitnya dibawa duduk di sisi sebelah kanan pengantin perempuan .Istiadat menyuap Nasi Kunyit/Nasi Damai dan Maka Daun Sirih akan disempurnakan. Upacara ini disaksikan oleh kedua-dua belah wali dan saudara mara terdekat.

Kedua-dua mempelai akan meneruskan persandingan di halaman rumah untuk memenuhi permintaan ramai belum puas menatap wajah pengantin.

Menyembah (Menerima nasihat)

Kedua-dua pengantin akan dibawa ke rumah untuk istiadat seterusnya.Istiadat menyembah wali, wakil, ibubapa mertua dan waris-waris.

Membentang belanja dalam adat :

Belanja hangus RM 100.00 (+ belanja tambahan kenduri)
Belanja tubuh 60 tengah 3 (dalam adat atau kering)
(dalam adat - belanja tubuh di bayar separuh)
(kering - dibayar sepenuhnya iaitu tidak berhutang)

Nasihat-nasihat tentang kerukunan hidup berumahtangga dan seterusnya dengan membentangkan adat istiadat di hadapan kedua-dua wali, maka perkahwinan yang dijalankan ini telah sah daripada segi adat istiadat kaum Semai.

Pantang Larang Pengantin

Oleh kerana kedua-dua pengantin telah mandi limau (dijampi) sebelum ini, maka mereka dikehendaki mematuhi syarat pantang yang dikenakan seperti berikut:

1. Dalam tempoh 3 hari tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kampung kerana takut diganggu segala hantu dan syaitan.

2. Dalam tempoh 7 hari tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kampung kerana takut diganggu segala hantu dan syaitan.


Majat Badanan

Bersama dengan gadis berkenaan tidak kurang dari 3 malam hingga 6 malam atau lebih. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah kedua-dua pemuda dan gadis telah mencapai kata sepakat untuk menjadi suami isteri. Pada zahirnya kedua-dua belah ibubapa merestui perhubungan itu. Setelah kata sepakat dicapai pasangan terlibat, pada malam akhir pemuda tersebut tidur dengan gadis berkenaan sehingga pagi. Keadaan ini dinamakan Majat badan atau tubuh kerana pemuda dan gadis tidur bersama sehingga pagi. Pihak keluarga perempuan akan mengemukan beberapa soalan untuk memdapatkan kepastian tujuan pasangan ini melakukannya. Kemudian pihak waris perempuan akan memaklumkan kepada pihak waris pihak lelaki untuk perbincangan penyatuan pasangan terbabit. Tempoh penyatuan mereka tidak mengambil masa yang tidak lama iaitu selama tujuh hari. Pada hari ketujuh barulah mereka disatukan tanpa ada upacara besar-besaran.

Majat Barang

Cara perhubungan dan penyatuan adalah sama. Kelainannya hanya pada malam terakhir pihak lelaki akan meninggalkan barangnya ( barang-barang kemas/pakaian) kepada gadis yang ditiduri untuk diserahkan kepada orang tua gadis itu. Hanya dengan barangan kepunyaan lelaki itu sahaja pihak perempuan akan menghantar songkok atau kupiah sebagai tanda panggilan adat yang di bawa oleh waris perempuan. Kedua-dua pihak akan dipertemukan dalam satu majlis oleh waris perempuan. Kedua-dua pihak akan dipertemukan dalam satu majlis perjumpaan dengan ketua adapt bagi membincangkan kedudukan pasangan berkenaan. Keputusan akan di buat sama ada pasangan ini akan di nikahkan dalam tempoh sebulan atau lebih. Upacara perkahwinan ini sama dengan proses bertunang, cuma barang hantar/persalinan tidak ada.


Tangkap Basah

Perkahwinan yang dilakukan tangkap basah dianggap kurang baik di kalangan Orang Semai. Kejadian ini tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Ini terpulang kepada keadaan pasangan dan situasi kejadian. Insiden ini biasanya berlaku semasa menyambut perayaan atau kenduri kahwin dimana sebelah malamnya ada keramaian . Pasangan ini ditangkap basah di tempat-tempat yang sunyi dan gelap oleh pihak waris perempuan.

Sekiranya kedua-dua pasangan tidak mahu berkahwin atau pihak Ibu Mas atau Pembela Kain Basah tidak bersetuju dengan pilihan anaknya, mereka akan menolak. Mereka akan membayar denda kepada mana-mana pihak yang tidak bersetuju. Setelah keputusan dicapai dalam perbicaraan yang dijalankan oleh ketua adapt pada hari berikutnya, denda akan dibayar mengikut adat kampung di mana berlakunya insiden tersebut. Jika keputusan baik dicapai, kedua-dua pasangan akan dikahwinkan dalam tempoh tujuh hari setelah melalui proses istiadat yang sepatutnya. Mereka hanya diraikan dalam satu majlis ringkas tanpa mengadakan majlis keramaian sebelah malamnya.


Istilah Dalam Perkahwinan Wali

Wali ialah orang yang memainkan peranan penting dalam hal ehwal pernikahan. Kedua-dua wali lelaki dan pihak wali perempuan dimestikan hadir dalm majlis tersebut. Tanpa kehadiran mereka, istiadat perkahwinan dianggap sebagai tidak sah.

Wali Pihak Lelaki

Dikenali dengan Ibu Wali . Mereka terdiri dari empat orang adik beradik berpangkat datuk kepada bakal pengantin lelaki. Yang tua sekali menjadi Ibu Wali dan tiga orang sebagai pengikut.

Wali Pihak Perempuan

Dikenali dengan panggilan Mas Wali. Mereka ini terdiri empat orang adik -beradik berpangkat datuk kepada kepada bakal pengantin lelaki. Yang tua sekali menjadi Mas Wali dan yang lain menjadi pengikut. Oleh yang demikian ibubapa kedua-dua pengantin tidak memainkan peranan penting dalam adat perkahwinan mereka. Dalam adat Orang Semai kedua-dua ibubapa dikenali sebagai Pembela Kain Basah.


Semasa mengandung suami isteri akan mematuhi pantang larang dan menjaga pemakanan mereka. Perkara-perkara yang dilarang ialah:

1. Mendekati binatang-binatang yang boleh memudaratkan kandungan dan bayi dalam kandungan ( kura-kura, beruk, ular)
2. Kaum keluarga bapa tidak dibenarkan memasang, memaku(rumah)
3. Tidak dibenarkan menghampiri orang mati.
4. Tidak dibenarkan memakan daging rusa, kancil, babi, ayam hutan dan lain-lain.
5. Dilarang memakan pisang yang patah tengkuk.

Bagi menentukan tarikh kelahiran dan kandungan sihat, silbu akan menemui bidan di kampung berkenaan. Apabila tiba masa kelahiran semua jiran wanita akan diberitahu. Di sini bidan memainkan peranan utama. Beliau akan bersama ibu hingga bayi selamat dilahirkan. Di samping itu, juga beliau akan menyediakan air mandian bayi dan sembilu buluh yang telah diikat dengan kain hitam serta dijampi bagi tujuan memotong pusat bayi. Selepas bersalin ibu tersebut akan berpantang selama sebulan.

Semasa dalam pantang ibu berkenaan tidak dibenarkan memakan syuran-sayuran , ikan yang berbisa dan tidak bersisik, cili, minyak masak dan kelapa, air sejuk kecuali air kopi atau air suam. Mereka cuma makan nasi berlaukan ikan panggang atau digoreng tanpa minyak. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk. Selepas habis pantang ibu tersebut boleh mandi sungai dengan syarat ditangkal terlebih dahulu.Alat-alat atau bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Sedikit batu-batu kecil
2. Kunyit tirus
3. Tepung dari beras yang digiling (mengikut setengah daerah)

Bahan tersebut akan dijampi dan ibu berkenaan akan mengunyah separuh hancur kunyit tirus berkenaan dan disembur ke kai dan sungai tersebut. Manakala batu-batu kecil tadi di tabur ke hulu dan ke hilir sungai. Selepas itu barulah ibu berkenaan boleh mandi dan mencuci lampin anak di sungai.

Mandi Putus Ubat

Selesai pantang, bayi berkenaan akan dimandikan dengan air daun dan bunga-bungaan yang wangi yang dijampi dan di peram semalaman untuk pemutus ubat.

Bahan-bahan untuk tujuan ini:

a) Daun lebak hutan muda yang dicarik-carik
b) Daun-daun wangian dan duit syiling melebihi 25 sen
c) Bunga kemboja, bunga melor, bunga ros cina dan lain-lain bunga yang wangi
d) Sejenis akar (cincong) buluh/buyung
e) Buyung/buluh dua ruas
f) Bedak buku
g) Buah kesumber
h) Arang campur minyak
i) Kemenyan

Apabila bahan ini telah disediakan, bomoh atau bidan yang terlibat akan menjampinya. Pada keesokan harinya kemenyan akan dibakar dan diasap pada buluh di tebuk dan anak berkenaan pun dimandikan. Di samping itu, bidan memohon restu semoga bayi berkenaan selamat dan tidak diganggu oleh hantu/syaitan. Dalam upacara ini ibu bayi berkenaan tidak dibenarkan berpanas atau berdiang(matahari/palang api), luka, jatuh dan mengupas benda-benda yang mengeluarkan cahaya putih (ubi kayu) selama tujuh hari.

Mandi Bidan (Buang Banir)

Seorang ibu yang telah bersalin masih dianggap berhutang dengan bidan yang menyambut kelahiran bayi. Sebagai membayar hutang, beliau akan membuat “mandi bidan”. Dalam perkara ini, ibu tersebut perlu menyediakan bahan-bahan seperti mandian pemutus ubat dengan tambahan perkara berikut:

* kain batik atau terpulang kepada kehendak bidan
* wang tunai sejumlah RM 1.25
* Hadiah mengikut kemampuan

Cara memandikannya adalah sama seperti mandi pemutus ubat begitu juga dengan pantang. Bidan berkenaan tidak boleh membuat kerja-kerja diluar rumah dan berpanas selama tiga hingga tujuh hari. Bidan akan jatuh sakit dan tidak akan pulih selagi upacara tersebut tidak dilaksanakan.

Apabila terdapat kematian di sesebuah kampung, biasanya sanak saudara jauh dan dekat akan diberitahu. Penduduk tempatan akan menziarahi dan membantu upacara pengkebumian. Ahli masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka kerana dikhuatiri roh simati akan marah atau menegurnya dan akibatnya orang yang terlibat akan ditimpa malang. Kebiasaannya mayat tidak kebumikan pada hari kematian dengan itu tujuan memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh datang memberi penghormatan terakhir.

Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh hantu.

Sebelum upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan dibungkus dengan kain baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus dengan tikar, diikat kemas-kemas supaya senang diusung. Liang lahad digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad. Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang telah dijampi akan diletakkan di kedua-dua belah telinga dan bahagian dada untuk memutuskan hubungan si mati dengan keluarganya. Jika tidak, keluarga yang hidup akan jatuh sakit dan boleh membawa mati.

Setelah dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas kubur sebagai penanda dan diikuti dengan upacara meletakkan makanan, minuman dan rokok yang telah dinyalakan diatas kubur selama enam hari berturut-turut.

Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk memberitahu simati bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara ini dilakukan dalam rumah simati. Setelah masuk hari ketujuh, keluarga serta penduduk kampung akan bergotong-royong menambak atau memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak jerlus. Penanda sementara tadi diganti dengan batu nisan yang kekal. Sebelum meninggalkan kubur, makanan, minuman dan rokok akan dilekatkan diatas kubur berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan memegang batu nisan serta memanggil nama simati seolah-olah menggerakkannya untuk menjamu makanan dan minuman, di samping berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain adalah selamat dan memohon supaya tidak mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.

JENIS PERAYAAN

Kaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti Hari Genggulang/ Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung dan Hari Membuka Ladang Baru.

1 Hari Genggulang

Kebiasaannya disambut oleh Suku Kaum Semai yang tinggal di kawasan Perak Tengah, Hilir Perak dan Selatan Perak pada akhir tahun iaitu akhir bulan Disember atau di awal tahun pada bulan Januari atau Februari. Ia merupakan upacara tahunan yang paling meriah dan penuh tradisi. Mengikut kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari Genggulang diadakan untuk kesejahteraan dan keselamatan kampung. Namun begitu pada masa kini upacara tersebut sudah beransur berubah mengikut peredaran masa.

Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh dengan mentera dan jampi, “cenagoh” untuk memanggil roh, keramat dan penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang mereka. Pawang atau bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei (rumah pemujaan) yang telah disediakan dalam satu kawasan khas. Balei ini dihias dengan anyaman daun serdang, mengkuang hutan, bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei terdapat dua buah sangkak di mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan “jamuan hantu” yang mengandungi pulut, wajik periong (sejenis makanan seperti gulai bercampur sayur ubi, keledek, keladi, labu dan abu, pulut kuning dan telur ayam yang sedang diram dan berdarah di dalamnya). Setelah selesai upacara di balei, tok pawang akan mengikat pantang.

Kemuncak upacara adalah di mana setiap penduduk mengadakan kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai dipelawa sama. Untuk meriahkan lagi perayaan itu, ia disambut dengan joget orang asli atau Modek dan di setengah tempat mereka menggunakan muzik pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.

2 Menuai Dan Menyulung Tahun

Suku Kaum Semai menyambut hari menuai padi dengan mengadakan kenduri pada hari pertama padi dituai. Hari itu merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap orang menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti menangkap ikan, memburu, mengutip sayur, menuai dan menumbuk padi sebagai persediaan untuk kenduri besar.

3 Membuka Ladang Baru

Membuat ladang merupakan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang Asli kerana ia adalah punca pendapatan mereka. Setiap tahun mereka akan membuka ladang baru untuk mendapatkan makanan. Mengikut kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit, dan anak sungai ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau bala. Oleh itu untuk keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan mengadakan kenduri sebagai menjamu penunggu atau keramat di daerah itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh sewang diwaktu malam hingga ke siang hari.

ADAB DAN TERTIB

.1 tertib semasa makan

Semasa makan, suku kaum Semai tidak dibenarkan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu suasana sedang makan seperti bercakap, meninggikan suara, bertengkar, menyanyi , bersiul dan makan bersepah kerana dikhuatiri semangat makanan akan hilang dan sukar mencari rezeki. Ia juga boleh menyebabkan orang sedang makan tercekik tulang. Kaum semai tidak membenarkan mengucap perkataan balec iaitu mengejek jenis-jenis makanan yang dimakan kerana dikhuatiri berlaku cirit-birit. Kaum Semai sentiasa duduk bersila (bagi lelaki ) dan bersimpuh (bagi perempuan) ketika sedang makan.

.2 Tertib Perbuatan

Apabila memulakan perbualan, suku bangsa Semai biasanya menggunakan panggilan yang sesuai mengikut peringkat usia. Contohnya, apabila orang muda bercakap dengan orang yang lebih tua, mereka menggunakan panggilan enjen. Sebagai isyarat memulakan perbualan, kebiasaannya Kaum Semai menjamu (memberi) rokok, sirih, tembakau ditempat-tempat tertentu seperti di rumah atau semasa dalam perjalanan. Orang tua menggunakan panggilan bei,chong, nyam (untuk panggilan bagi kanak-kanak lelaki) dan embong (bagi kanak-kanak perempuan).

.3 Tertib Perbualan Suami Isteri

Suami isteri mestilah menggunakan panggilan sesuai dan membawa makna hormat seperti Heei. Suami isteri dilarang memanggil nama masing-masing kerana dikhuatiri menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Perbuatan seumpama in dianggap tulah kepada ibubapa. Apabila pasangan isteri meningkat usia maka panggilan itu akan ditukar mengikut anak pertama contohnya bagi kent long anak lelaki.


.4 Tertib Semasa Berjalan

Kaum Semai tidak boleh serenlong (berjanji untuk ikut sesuatu tempat, tetapi, ia mungkir). Jika perjanjian hendak dibatalkan, mereka harus mengaturkan sersar seronlong. Pantang larang ini amat ditakuti oleh mereka yang mendatangkan sesuatu perkara yang tidak baik.

.5 Tertib Bertanya

Ketika kaum Semai sedang membawa alat-alat buruan mereka tidak boleh ditegur sapa kerana ia dianggap sial kepada binatang buruannya. Jika berjumpa ketika dalam perjalanan bolehlah memulakan dengan panggilan menong heei atau nu belok heei yang membawa makanan hendak ke mana atau pun selepas percakapan mengucapkan aboor hek bermaksud sejahteralah kamu.

.6 Bertandang (Berkunjung)

Apabila mengunjungi sesebuah rumah suku bangsa Semai, terdapat beberapa isyarat yang perlu diperhatikan yang membawa makna tertentu. Sekiranya rumah yang akan dikunjungi itu tidak mempunyai isyarat tertentu maknanya orang yang mengunjungi rumah itu tidak boleh terus naik, tetapi hendaklah memberi isyarat seperti batuk-batuk supaya tuan rumah menyedari kehadiran tetamu tersebut. Tetamu hanya boleh masuk ke rumah hanya setelah dipelawa oleh tuan rumah. Kasut hendaklah ditanggalkan.

Semasa masuk ke dalam rumah, tetamu hendaklah mengikut arahan tuan rumah yang akan menentukan tempat duduk tetamu sama ada di tengah rumah atau di tepi pintu. Sekiranya rumah atau kampung yang akan dikunjungi mempunyai tanda pantang, maka tetamu haruslah tidak melepasi tanda tersebut. Tetamu harus menyedari bahawa sedang berpantang. Tetamu harus menunggu sehingga penghulu membenarkan tetamu masuk ke rumah atau kampung tersebut.


KEHIDUPAN HARIAN SUKU KAUM SEMAI

Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.

Ketua keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju ke destinasi masing-masing.

Mereka mengamalkan ekonomi tradisional berasaskan pertanian sara diri. Padi huma, sekoi, jagung, ubi kayu, pisang, keladi dan berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu, kacang panjang, timun, kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai mengamalkan sistem bertukar-tukar makanan, perkhidmatan dan keperluan lain secara berkongsi. Tidak ada urusan jual beli dilakukan. Sistem ekonomi cara ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan semangat setia kawan di samping mewujudkan kemesraaan di kalangan mereka.

Memburu dan menangkap ikan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa dilakukan oleh lelaki sahaja. Peralatan memburu seperti buluh sumpit, jerat, belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan. Antara jenis-jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan menggunakan lukah, kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga dengan tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan. Hasil seperti rotan, damar, buluh, cendana dan gaharu akan dijual. Mereka pulang pada waktu tengahari atau petang.

Pada waktu petang sebelum senja, mereka berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member dan sebagainya.Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun keadaan ini mungkin telah berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang lemah bekerja dengan kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.

TEMPAT KEDIAMAN

Terdapat empat jenis tempat kediaman Kaum Semai:
* " Rumah Yeau " (Deg Yeau)
* " Rumah Ran " (Deg Ran)
* " Rumah Pisang Sesikat " (Deg Pisang Seikat)
* " Rumah Biasa "

KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG

Suku Kaum Semai amat percayai kewujudan kuasa ghaib seperti kuasa:

* Nyenang (Tuhan)
* Nyanik (Tuhan dan Syaitan)

.1 Kuasa Nyenang

Nyenang merupakan makhluk yang yang tidak dapat dilihat, disentuh atau sebagainya dan dipercayai wujud di kalangan Kaum Semai. Oleh kerana setiap keburukan dan kebaikan yang manusia lakukan pasti ada balasannya. Ianya dianggap sebagai makhluk yang teragung dari sekalian makhluk, mempunyai sifat pengasih, penyayang dan berkuasa. Orang Semai juga percaya bahawa semua kehidupan di dunia ini tertakluk di bawah kuasa Nyenang. Walaupun tidak diketahui di mana Nyenang berada tetapi tetap wujud menyebabkan kaun Semai takut untuk melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan tenghak (dosa) kerana yang bersalah akan menerima akibatnya dari Nyenang.

.2 Nyanik


Nyanik amat ditakuti oleh Orang Asli kerana Nyanik dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu sakit dan boleh membawa maut, juga dipercayai simati akan menjadi makanan Nyanik kerana Nyanik adalah makhluk jahat. Terdapat banyak Nyanik dan di antaranya ialah:

1 Nyanik Keramat

Dipercayai mempunyai kuasa di satu-satu daerah atau tempat. Nyanik Pechnoch dan Nyanik Ratah ada di bawah kuasa atau Pengawasannya. Orang Asli Semai sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan keselamatan dari semua jenis wabak penyakit serta bencana alam. Permintaan ini dilakukan pada tiap-tiap tahun melalui pawang dimana upacara ini dinamakan gengulang.

2 Nyanik Pechnoch (Penunggu)

Dipercayai Nyanik ini menjadi Penunggu atau penghuni susuatu benda. Contohnya pokok besar dan rending. Pokok-pokok yang menjadi kegemaran Nyanik ialah Pulai, Gelutong, Jawi, Terap, Sena dan sebagainya. Manakala benda-benda yang lain ialah busut, lubuk, tasek,batu besar dan tinggi, gunung serta rumah yang ditinggalkan. Nyanik jenis ini dianggap sebagai penunggu manusia.

3 Nyanik Ratah

Terdapat lima jenis Nyanik dalam Kumpulan Nyanik Ratah iaitu Kicmoc, Mai Berlag Mat, Mai Cereg Teg dan Mai Cereg Song. Nyanik-Nyanik ini suka menyakat atau mengganggu manusia terutama Nyanik Cereg Song.

4 Nyanik Kickmock

Nyanik ini bergerak waktu malam iaitu bermula di antara jam 8.00 malam hingga 5.00 pagi. Tempat kediamannya di kawasan perkuburan. Sebelum kemunculan dirinya ke penglihatan manusia, ia akan mengeluarkan bau yang wangi. Ia menjelma dengan hanya kelihatan manusia dan kadang kala kedengaran bunyi suara manusia yang parau dan kasar dari arah perkuburan. Menurut kepercayaan Orang Asli Semai, Nyanik ini berasal dari manusia yang telah meninggal dunia.

5 Nyanik Mai Berlag Mat

Ia akan menjelma menyerupai manusia (sedangkan orang itu telah meninggal) kecuali keadaan matanya yang berbeza. Ia tidak mempunyai anak mata kecuali mata putih sahaja. Nyanik ini tidak suka menyakat atau mengusik manusia kecuali manusia akan terkejut atau takut apabila terserempak apabila melihatnya. Ia berada di mana-mana sahaja. Ianya berjalan jika perlu ataupun pada masa-masa tertentu iaitu waktu malam ketika berlaku kematian dan di mana kematian seseorang merupakan makanannya. Salah satu sifat Nyanik ini yang aneh ialah membawa ambong (bakul) bakul yang terbalik ke bawah.

6 Jeet

Jeet berasal dari Kickmoch kerana umur Kickmoch terhad sehingga 50 tahun sahaja bermula dari kematian seseorang manusia. Apabila umur kickmoch mencapai 50 tahun, ia akan bertukar jadi Jeet. Ia bergerak di kawasan tanah perkuburan seseorang. Nyanik ini tidak mencederakan seseorang. Ia cuma memikul manusia yang masih hidup dan akan meninggalkan paring tersebut di atas kubur. Oleh kerana manusia takut kepada Nyanik maka apabila tersedar dan didapati dirinya berada di atas kubur maka manusa tersebut akan hilang semangat, demand dan seterusnya mati jika tidak mendapat rawatan pemulihan daripada bomoh.

7 Nyanik Mai Cereg Song

Nyanik Cereg Song ini suka menyanyi sama ada ianya berada di tengah tasek atau di atas pokok. Ia menjelma sebagai gadis cantik yang berambut panjang dan apabila menyakat atau mengusik manusia maka manusia tersebut akan menjadi gila dan gila tersebut amat sukar untuk diubati.

8 Nyanik Cereg Teg

Nyanik ini tinggal di atas pokok pulai, jelutong dan terap. Bentuknya menyerupai siamang, biji matanya berwarna merah terutama apabila terkena cahaya lampu. Ia mengusik atau menyakat mangsanya dengan cara menerkam atau menggoncang pokok tempat di mana di menumpang.Ia berbuat demikian supaya mangsanya kehilangan ruai (semangat).

9 Mai Tepas (Orang Bunian)

Mai Tepas merupakan makhluk halus yang mana walahnya menyerupi wajah manusia. Ia tinggal di bukit-bukit atau gunung-gunung di hutan atau pedalaman. Makhluk ini tinggal berkumpulan atau bermasyarakat. Walau bagaimanapun Mai Tepas ini amat sukar dilihat oleh orang biasa kecuali bomoh atau orang perseorangan yang kebiasaannya Orang Asli yang sering berburu atau mencari rotan di man bermalam di pedalaman dan terus mengikut makhluk tersebut dan menyebabkan ianya tersesat. Kesesatan tersebut disebabkan oleh ajakan makhluk halus tersebut. Ini menyebabkan orang berkenaan akan hilang terus masyarakatnya atau bila kembali ia akan hilang ingatan, letih lesu dan akhirnya sakit dan terus meninggal. Kejadian ini dipercayai ia telah dijadikan oleh makhluk tersebut sebagi ahli keluarganya. Mai Tepas tidak memakan manusia tetapi hanya memperdayakannya sahaja.

9.12 Ludat

Ludat tinggal di batu-batu, busut terutama di tempat tinggi dan sejuk. Seperti juga Mai Tepas ia tidak memakan manusia, ia sering merayau-rayau dalam hutan dengan membawa buluh sumpit. Ia mencari rezeki dengan menyumpit binatang-binatang atau kehidupan di atas pokok. Ia jarang sekali menyumpit atau memperdayakan manusia kecuali jika perlu, maka ia bergerak atau berjalan pada waktu siang.


9.13 Guning

Guning bertuankan Mai Halaq (bomoh). Kebiasaan Guning adalah dari kumpulan Nyanik Ratah, Ludat, Mai Tepas dan lain-lain lagi. Peranan Guning untuk memujuk Nyanik yang menyebabkan manusia sakit. Guning boleh memulihkan orang sakit.Bagi Tok Halaq untuk mengubat pesakit, beliau memanggil Guningnya melalui Ramol (berbumbum). Penyakit penyakit yang boleh diubati oleh Guning ialah terkena sampuk, hilang semangat dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh Nyanik.


10. PANTANG LARANG

Perubatan yang dijalankan oleh bomoh atau Tok Halaq secara perubatan tradisonal terbahagi kepada tiga cara:

* Jampi Serapah
* Berkebut (Berbumbun)
* Cara Bercagoh


10.1 Pantang Larang Dari Segi Makanan

Orang yang sedang menerima rawatan dari Tok Halaq harus mengikut pantang larang yang ditentukan olehnya seperti berikut:

* Dilarang memakan ikan yang mempunyai sengat (berbisa)
* Dilarang memakan rusa, siamang, ayam denak, tenggiling dan sebagainya bergantung kepada penyakit yang dihidapi dan mengikut pantang yang dikenakan oleh Tok Bomoh.
* Dilarang memakan kunyit, cabai, keladi dan makanan yang berwarna merah.

Jika sekiranya ada pesakit yang melanggar pantang larang tersebut, ia akan memudaratkan pesakit dan akan berlaku “Tekreg” (Pecah Pantang) dan boleh membawa maut atau Tok Halaq sendiri akan ditimpa sakit yang teruk yang tidak dapat diubati.

Semasa Tok Halaq memberi rawatan, orang luar dari rumah atau kampung berkenaan melawatnya kerana ini juga akan menimbulkan tetreg juga. Semasa rawatan sedang dijalankan pesakit tidak dibenarkan menerima rawatan dari Tok Halaq yang lain selagi Tok Halaq bekenaan belum selesai.

Kepada pesakit yang menerima rawatan tidak dibenarkan membuat kerja-kerja harian kerana dikhuatiri tersentuh benda-benda yang dikirakan pantang. Pantang-pantang tersebut termasuk:

* Memasuki kain melalui kepala
* Kepala terantuk kepada sesuatu objek.
* Berdiang di bawah sinaran matahari atau api
* Mengelakan diri terkejut atau terperanjat
* Mengelakan diri daripada luka berdarah
* Mengelakan diri daripada memegang benda yang boleh mengeluarkan cahaya putih. Contohnya ubi kayu, melihat cermin dan sebagainya.

Selain dari pesakit, orang lain juga dilarang melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan pesakit contohnya:

* Jangan bising
* Mengibas kain
* Menghebah berita yang boleh mengejutkan atau memeranjatkan.


10.2 Larangan Semasa Membina Rumah Baru


• Kedudukan rumah dilarang menghala laluan matahari. Jika tidak mengikut peraturan tersebut penghuni rumah berkenaaan kelak akan selalu demam dan sakit.
• Dilarang membuat kerja-kerja memasang kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang dianggap tidak baik iaitu bulan 15, 16 dan 17, dipercayai penghuni rumah berkenaan tidak tenteram dan aman.
• Kayu alang dan gelegar serta lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah tersebut supaya tidak tertinggal lebihan kayu tersebut.
• Tiap-tiap pemasangan perabot atap, penutup gendang hendaklah dipasang pada hari yang sama.
• Sebelum rumah tersebut didiami, rumah tersebut ditepung tawar dahulu.
• Tetamu pertama yang datang secara bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki bermalam di rumah tersebut, jika tidak ianya akan didenda.


10.3 Pindah Ke Rumah Baru

Bila sesebuah keluarga pindah ke rumah baru, sedikit jamuan, upacara “bersemah” atau tepung tawar diadakan bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk yang halus. Jika tidak dilakukan, keluarga yang baru berpindah akan diganggu oleh hantu atau makhluk halus.


10.4 Pantang Larang Dalam Rumah


• Tidak boleh jatuh di dalam rumah yang sedang dalam pembinaan. Kalau jatuh, ini boleh mendatangkan sial atau kurang sihat penghuni rumah tersebut.
• Seseorang yang akan bermalam di rumah yang baru dibina eloklah bermalam sehingga 3 malam, jika kurang boleh mendatang perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.
• Setiap rumah baru mesti diadakan kenduri atau ditepung tawar. Jika tidak melakukannya mungkin mendatangkan sial kepada penghuni rumah tersebut.
• Tidur boleh tidur atau pindah ke rumah masih belum siap dibina sepenuhnya, kanak-kanak juga dilarang menangis di rumah tersebut. Jika berlaku keadaan itu, rumah tersebut tidak akan membawa tuah kepada penghuninya.
• Sebelum rumah dibina, pawang atau bomoh akan menjampi kawasan tersebut untuk menghalau hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut.
• Bila rumah siap dibina, “Tiang Seri” rumah itu mesti dijampi dahulu oleh bomoh atau pawang. Tiang atau sudut rumah akan dipangkah dengan kapur atau bedak yang telah dijampi. Kalau tidak dilakukan, hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut.


10.5 Pantang Semasa Membuat Ladang Baru

Semasa menjalankan pembukaan ladang baru, beberapa larangan perlu dipatuhi:

• Kerja-kerja harus dimulakan hari kelima, kerana hari lain dipercayai tidak baik dan dilarang sama sekali “yong parong” ini disebut pantang yong (parong).
• Setelah 3 hari memotong pokok, hari ke 4 kerja-kerja diberhentikan.Selepas direhatkan sehari iaitu hari kelima ia akan dimulakan kembali. Kaedah ini dipanggil “Pantang Jex” (Pantang Beliung).

Perkara di atas dikenakan pantang kerana untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik, contohnya ditimpa pokok-pokok atau luka.

Ketika penanaman dimulakan, beberapa pantang larang harus dipatuhi sehingga ke peringkat putus menuai.

• Dilarang mengubah atau mencabut kayu atau tanda-tanda yang dijadikan sempadan antara satu ladang dengan ladang yang lain. Jika ini dilakukan boleh mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak mendatangkan hasil yang banyak.
• Setelah menugal tiga hari, hari keempat diberhentikan. Ianya digelar pantang Pandang Keneh (Kayu Tunggal).
• Pantang Keneh Neck (Kayu tunggal yang tidak baik) juga dilakukan pada hari keempat. Pantang ini diamalkan supaya ladang tersebut memberi hasil yang lumayan.


10.6 Kenduri Padi Baru

Pantang ini diamalkan untuk menunjukkan terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat tersebut telah memberi hasil yang lumayan. Jika sekiranya ada orang luar dari kampung tersebut, orang tersebut hendaklah turut serta sehingga selesai. Jika tidak ia akan didenda dengan istiadat mengikut tok pawang dengan memohon restu dari jembalang tanah bagi memulihkan semangat padi tersebut.

• Memuja semangat padi supaya rezeki pada tahun-tahun yang akan datang dapat memberi penghasilan yang lumayan.
• Manakala denda pulih Ruai Bag, supaya ladang-ladang yang akan datang, lumayan serta boleh “Mendang Penyalut Koul” (Sampul urat dan simpul biawak) akibat kemungkaran jembalang tanah dan boleh menjadi lumpuh.


10.7 Pantang Semasa Kelahiran Dan Melahirkan


• Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu oleh hantu.
• Ibu yang baru bersalin dilarang memakan binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh menyebabkan anaknya terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut.
• Bagi bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan kecantikan.
• Dilarang meminta untuk dipelihara oleh orang lain. Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang lain, supaya semangat bayi tersebut tidak hilang.
• Dibawah rumah sentiasa dihidupkan unggun api di mana tempat ibu bersalin.Ini mengelakkan hantu akan mengacau tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah. Ini akan mengakibatkan bayi tersebut disampuk hantu dan sakit.


10.8 Pantang Semasa Kematian


• Simati disimpan sehari di rumah.
• Atas mayat diletakkan seketul bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya kembung.
• Hari seterusnya, unggun api dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam lain.
• Hari keenam dipanggil “alik palok” (alih kayu yang bakar) yang mana roh simati tidak lagi berkeliaran.
• Hari ketujuh keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan membuat kenduri.
• Tempat di mana simati meninggal dunia, diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja makanan kegemarannya sehingga hari keenam.

Semasa dalam berpantang mereka ditegah:

• Bersukaria (menyanyi, bersiul, bersorak-sorak, menjerit dan sebagainya).
• Berpakaian cantik.
• Semua jenis kerja ditangguh.

Berkabung menghormati simati dan rohnya oleh penduduk tempatan dan pelawat-pelawat yang ada di tempat tersebut.

• Barang dan alat simati-seperti pakaian, alat memburu - tidak boleh digunakan oleh orang lain kecuali harta atau pusaka peninggalan diberi dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga.
• Alat-alat pengebumian – seperti cangkul, parang dan sebagainya tidak boleh dibawa naik terus ke rumah. Barang-barang itu hendaklah direndam dalam air selama satu malam sebelum dibawa naik.
• Orang yang pergi menanam tidak boleh naik turun rumah. Ianya mesti mandi dan pakaian yang dipakai semasa pengkebumian tidak boleh dibawa naik ke rumah.
• Keliling rumah dan di kubur dipasang api selama seminggu. Di kubur apabila api genap seminggu “dipaling” puntungnya. Tujuannya roh akan pergi terus.
• Anak-anak simati hendaklah ditangkal, ini pada yang belum dewasa. Dengan menconteng arang bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung, di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki.
• Pantang dan larang kepercayaan di atas adalah untuk mengelak hantu daripada mengikut balik ke rumah.


10.9 Pantang Larang Dalam Pemakanan


• Kebanyakan binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air, seperti ikan dengan daging kerbau. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, kayap dan kudis.
• Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang, semut tidak boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Sebaliknya hendaklah dikumpul dan dibakar. Jika tidak, boleh mendapat penyakit dan kembung perut(busung).
• Semua air yang bertakung dalam tin, botol atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati, jika dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung.
• Buah-buahan yang mana pokoknya tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta dahan atau batang bertakung air, tidak boleh dimakan.Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit.
• Mengeji dan mengata kepada benda makanan seperti ikan dikatakan babi dan lain-lain. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit atau kembung perut(busung) yang berpanjangan.


10.10 Pantang Larang Semasa Berjalan Di Dalam Hutan


• Tidak dibenarkan berjanji kerana jika sekiranya salah seorang tidak dapat pergi makna perjalanan tersebut seharusnya dibatalkan. Jika tidak yang pergi tersebut akan terkena “Serenglog”. Contohnya, kemungkinan digigit ular, ditimpa pokok, jatuh dan sebagainya.
• Dalam perjalanan tidak dibenarkan bercakap takbur dengan binatang-binatang buas.
• Pantang menunjuk dan menegur sesuatu yang ganjil. Orang asli sangat takut menunjuk atau menegur kepada sesuatu yang ganjil seperti melihat gua-gua besar, pokok-pokok yang menyerupai suatu bentuk binatang dan sebagainya. Akibat daripada menegur atau menunjuk seseorang itu boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada dirinya.
• Ketawa pada benda-benda atau perbuatan yang menggelikan hati. Orang Asli sangat takut ketawa pada binatang, perlakuan yang boleh menggelikan seperti beruk dan juga manusia yang menyerupai dirinya atau bertopengkan jenaka, juga ketawa pada kupu-kupu dan cacing. Akibatnya dari melakukan perkara tersebut boleh mendatangkan petir dan rebut yang kuat serta banjir di tempat pantang larang yang tersebut.
• Tempat-tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi atau dilalui. Akibat kemungkinan terkena sakit dan mungkin mengigau atau terbayang-bayang binatang itu.
• Dilarang menyebut binatang-binatang buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan lain-lain lagi. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh disesuaikan dengan rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau digelar pak belang.


11 Larangan Membawa Barang-barang Hutan ke Dalam Rumah


• Buluh tidak boleh dibawa balik ke dalam rumah bersama-sama daunnya. Dikhuatiri akan didatangi binatang buas
• Rotan tidak dibenarkan dibawa balik ke dalam rumah tanpa digulung terlebih dahulu. Akibatnya akan didatangi binatang buas.
• Daum serai tidak dibenarkan dibawa naik ke dalam rumah kerana dikhuatiri ular masuk dalam rumah.


AMALAN KESIHATAN

1 Makanan

Makanan utama masyarakat Semai ialah beras dan ubi kayu. Mereka mendapat sumber protein daripada binatang buruan, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan yang didapati dari ladang dan hutan yang berhampiran. Makanan yang disajikan adalah tertakluk kepada pantang larang makanan disenaraikan.


Perubatan

Daripada segi perubatan, masyarakat Semai mangamalkan cara berubat sendiri apabila seseorang daripada mereka sakit sama ada dengan menggunakan akar dan daun-daun kayu atau bomoh.

a) Bagi sakit atau luka-luka herba digunakan secara meluas di dalam masyaraka Semai. Jenis-jenis herba yang digunakan adalah berdasarkan jenis penyakit yang dihidapi. “Slak Selendon” , “Slak Mandi Alam”, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk di tempat yang luka dan dibalut.

b) Kudis Buta
Untuk mengubati, daun “gelenggang” yang telah layu pada api dan dihancurkan kemudian disapu di tempat yang berkudis.

c) Bisul
Ia diubati dengan membakar kulit kerang hangus, kemudian ditumbuk sampai hancur, disapu pada bisul.

d) Kayap
Batang Kelubi dipancung serong dan diambil getahnya. Getah itu disapu di tempat yang terkena kayap.

e) Kurap dan Panau
Daun gelenggang dilayu, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk atau disapu di tempat yang ada kurap atau panau.

f) Panas-panas Badan
Akar lalang diambil sebanyak mana yang boleh, seelok-eloknya akar lalang yang masih muda direbus dan airnya itu diminum atau Batang Tepus dititik dan diambil sebelah dalam batang itu dan diletakkan di kepala.

g) Pening Kepala Halia dipotong kemudian dicium selama lebih kurang 5 minit. Ulangi lagi selepas itu atau bawang putih dipecahkan digosok di atas kepala.

h) Patah dan Terseliuh
“Daun temu urat” dan “buah jarak ” dibungkus dalam daun pisang dan dipais. Daun yang telah dipias diletakkan di tempat yang patah atau terseliuh. Kemudian dibalut. Rawatan seperti ini dilakukan sehingga beberapa minggu atau bulan sehingga sembuh.

i) Hidung Berdarah ”Broh”
Daun sirih atau “Cawi” digulung dalam bentuk kun dan disumbatkan ke dalam hidung.

11.3 Perubatan Tradisional

Orang Asli Suku Kaum Semai mempercayai bahawa penunggu, hantu dan syaitan adalah salah satu punca seseorang itu mendapat sakit. Oleh itu bomoh atau pawang memainkan peranan penting untuk mengubat dan mengetahui penyakit-penyakit yang dihidapi dengan cara berikut:

• Jampi
• Bercadak
• Berkebut
• Sewang
• Gegabor
• Sangkak
• Tenghor
• Cekneat
• Ne-alin
• Bidan atau Bidat

a) Jampi

Jampi adalah ayat-ayat yang dibaca bagi sesuatu tujuan. Ayat-ayat jampi ini dikenali sebagai ilmu. Ayat-ayat ini pada asalnya didapati melalui mimpi dan ianya diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Pesakit dijampi pada tubuh sendiri atau pada herba-herba tertentu seperti berikut:

• Jenaram (Jaram)
• Tabar (Setawar)
• Kelawi
• Serbok (Daun Babak)
• Pemulih
• Rempuyig/berdag (kunyit tirus)
• Jerangau
• Sirih
• Pinang

b) Bercadak

Bercadak adalah dimana bomoh merawat pesakitnya di waktu malam dengan menggunakan gendang, gong dan lilin diiringi oleh nyanyian bomoh lalu datanglah “Gunig”(makhluk halus) melihat dan mengenal pasti penyakit sama ada tersampuk atau lain-laian lagi. Bercadak ini dijalankan selama tiga hari hingga ke tujuh hari.

c) Berkebut (Berbumbun)

Berkebut dijalankan pada waktu malam.Alat yang digunakan semasa berkebut ialah “Bumbun” (bentuk kun yang dianyam dari daun bertam), centang, kejai atau kemanyang,sela Bert. Bomoh akan masuk ke dalam bumbun dan menyeru sambil menyanyi diiringi dengan dengan centong hingga datanglah “Gunig”. Melalui cara ini bomoh akan cuba mengubat dalam masa tiga hari. Pantang semasa berbumbun tidak boleh memasang pelita atau lampu.

d) Sewang

Sewang berubau dijalankan di sebuah rumah yang besar, semua bomoh-bomoh atau pawang berkumpul untuk menjalankan upacara pemutus ubat kepada pesakit yang pernah diubati oleh mereka. Setiap pesakit yang pernah diubati oleh bomoh tersebut mestilah hadir dalam upacara tersebut. Ia dikehendaki oleh gunig anak yang melalui perantaraan bomoh.

e) Tenghor/Ceknet

Satu kaedah pengubatan segera denagan menggunakan daun pemulih, lebak, kemenyang. Kaedah ini digunakan untuk mengubati penyakit yang ganjil seperti rasa tajam dan bisa-bisa di dalam badan yang datang secara mendadak. Kaedah pengubatan ini hanya dilakukan oleh bomoh yang berpengalaman dan tinggi kebatinannya.

f) Gegabor

Bomoh menggunakan cara pengubatan ini untuk penyakit-penyakit yang dikena secara kecemasan seperti sampuk, pengsan dan ketegur.

g) Sangkak

Merupakan cara pengubatan yang terakhir dilakukan oleh bomoh setelah acara berkebut/berbumbun gagal dilakukan. Selalunya bomoh akan membuang bala supaya penyakit itu tidak berulang lagi.

h) Ne-alin

Cara ini digunakan Semai meneriam rawatan moden. Di dalam sesuatu keadaan, mereka menggunakan cara rawatan serentak. Mereka mempercayai bahawa penyakit yang diakibat oleh kuman, rawatan moden adalah yang paling berkesan. Manakala penyakit yang disebabkan oleh keteguran (sampuk) rawatan secara tradisonal digunakan.

PANDUAN UNTUK BERITERAKSI


• Apabila sampai di sesuatu perkampungan Orang Asli. Semai seharusnya berjumpa dengan Tok Batin/Penghulu terlebih dahulu. Ini ialah kerana Orang Asli sangat menghormati dan memberi keprcayaan penuh kepada ketua mereka.

• Apabila sedang bercakap, cuba elakkan menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan mereka seperti nama kotor, jijik, bodoh, tak pakai baju, datang, mereka selalunya datang untuk melihat lebih dekat lagi sebab mereka belum kenal masyarakat luar seperti Orang Melayu, China, India dan sebagainya. Perlu diketahui Orang Semai amat mudah tersinggung.

• Apabila dijamu seperti tembakau, ubi kayu, minuman hendahlah dijamah sedikit demi sedikit untuk menjaga hati tuan runah itu.Walau bagaimanpun apabila tidak boleh maka hendaklah disentuh sahaja atau jika tidak dapat langsung hendaklah dijelaskan secara tulus ikhlas kepada Tok Batin/tuan rumah di atas sebab yang tidak dapat dielakakan

• Apabila berjalan ke suatu tempat, biasanya Orang Asli Semai berjalan di belakang dan menyuruh masyarakat luar (pelawat) berjalan terlebih dahulu. Ini berlaku kerana apabila di dalam hutan mereka mempunyai pergerakan yang pantas dan boleh meninggalakan kita.

• Jangan bercakap besar(takbur) bila berhadapan denagn mereka. Contohnya “saya berani boleh berjalan sendiri, saya kuat” kerana jika apa-apa berlaku, mereka akan membiarkan kita seorang diri ketika dalam kesusahan tanpa dipedulikan.

• Apabila berada di dalam rumah Orang Asli Semai, janganlah seolah-olah jijik hendak duduk kerana rumah mereka kotor. Ini secara tidak langsung akan menyinggung perasaan mereka.

• Hendaklah berkelakuan jujur apabila beradadi dalam kelompok masyarakat ini, tidak boleh manipu, mungkir janji kerana sekali mereka dapat mengetahui perbuatan seperti ini, mereka akan terus menganggap kita tidak jujur dan tidak boleh dipercayai dan mereka enggan berkerjasama dalam apa jua aspek.

• Kehidupan dalam masyarakat Orang Semai mementingkan keharmonian, keselesaan, tidak boleh mengujudkan sesuatu suasana yang tidak tenteram kerana ini akan menimbulkan tindak balas yang kurang baik.

• Apabila berada di kawasan perkampungan Orang Semai, haruslah menghormati harta benda mereka seperti buah-buahan, jerat, belantik, pisang, ubi, durian dan sebagainuya.Mintalah kepada Tok Penghulu atau Tok Batin sekiranya kita berkehendakan barang tersebut. Terpulang kepada Tok Penghulu untuk menunaikannya